WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

PEKAN, 24 OKT- Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Yang Berbahagia Laksamana Maritim Dato’ Sri Zulkifili bin Abu Bakar telah menerima darjah kebesaran dan pingat bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah yang disambut pada 24 Oktober, di Istana Abu Bakar di sini, hari ini.

Beliau adalah antara kesepuluh penerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang  Yang Teramat Mulia – Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah (SSAP) yang membawa gelaran Dato’ Sri.

Istiadat penganugerahan darjah kebesaran dan pingat itu yang disempurnakan Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah adalah membabitkan 101 penerima.

Manakala Pengarah Wilayah Maritim Sabah dan Labuan, Yang Berbahagia Laksamana Muda Maritim Mohd Zubil bin Mat Som antara yang ketiga puluh dua penerima pingat Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Teramat Mulia- Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato’.

Tahniah diucapkan daripada seluruh warga Maritim Malaysia kepada Ketua Pengarah APMM, YBhg Laksamana Maritim Dato’ Sri Zulkifili bin Abu Bakar dan Pengarah Wilayah Sabah dan Labuan, YBhg Laksamana Muda Maritim Dato’ Mohd Zubil bin Mat Som diatas pengurniaan Darjah Kebesaran ini.

  darjah  darjah 2   

Sumber/Foto: - Unit Komunikasi Korporat Ibu Pejabat/ 
                         Jabatan Penerangan Pahang