WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KOTA KINABALU,16 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Daerah Maritim 15 Kota Kinabalu (DM15) telah menahan sebuah bot pukat tunda yang sedang melakukan aktiviti menangkap ikan kurang daripada tiga batu nautika di perairan Tanjung Gaya,semalam.

Bot Ronda Maritim yang sedang melaksanakan Ops Sejahtera telah mengesan sebuah bot nelayan pukat tunda dalam keadaan yang mencurigakan. Hasil pemeriksaan mendapati terdapat enam orang kru bot nelayan termasuk tekong lingkungan umur 20 hingga 45 tahun berada diatas bot tersebut. Kesemua mereka adalah warganegara Indonesia.

Pengarah Maritim Daerah, Laksamana Pertama Maritim Adam bin Hj Aziz berkata "bot tersebut ditahan kerana melanggar syarat sah lesen dibawah Akta Perikanan 1985 iaitu menangkap ikan kurang daripada tiga batu nautika daripada kawasan darat dan semua awak-awak termasuk tekong serta bot diiringi masuk ke jeti APMM Sepanggar.

Tambahnya lagi " semua pengusaha bot nelayan haruslah mematuhi undang-undang dan tidak melanggar syarat sah lesen. Saya juga mengingatkan agar semua pengusaha bot tidak mementingkan keuntungan semata-mata sehingga mengakibatkan sumber ikan pupus dan kian berkurangan".

Maritim Malaysia sentiasa mengambil berat atas aduan yang diterima dan sentiasa memantau aktiviti bot-bot nelayan serta akan mengambil tindakan tegas terhadap pengusaha bot yang mengambil peluang untuk menceroboh kawasan zon menangkap ikan atau kesalahan lain yang menyalahi syarat sah lesen.

74c4765c-38fa-4823-8c20-e083da2df2b7 e1dc3699-51ac-48ea-bda2-33da3ab42e81

Sumber/Foto :

Staf Perhubungan Awam DM15