WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

PORT DICKSON, 11 Oktober - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah menamatkan operasi mencari dan menyelamat 3 orang jatuh laut semasa aktiviti berkayak di Pantai Tanjung Tuan, Port Dickson pada 9 Oktober, susulan kesemua mereka telah berjaya ditemui.

Maklumat awal diterima mengenai 3 orang hilang iaitu 2 lelaki dan seorang wanita, ketiga-tiga mangsa memakai jaket keselamatan, setelah 45 minit operasi mencari dan menyelamat telah dapat menyelamatkan seorang mangsa wanita iaitu Foo Siew Wan 54 tahun pada jam 7.15 petang di Pantai Blue Lagoon, sebelum operasi ditangguhkan pada jam 11.30 malam.

Operasi mencari dan menyelamat di teruskan bagi hari yang kedua 9 Oktober 2017 pada jam 8.00 pagi, sektor pencarian masih di area di sepanjang pantai Tanjung Tuan, Port Dickson yang melibatkan aset Bot Petir 84, Petir 91 serta turut melibatkan Pesawat Udara Maritim Malaysia iaitu AS 365 N3 Dauphin. SAR pada kali ini mendapat bantuan daripada agensi maritim yang lain seperti Pasukan Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, dan Angkatan Pertahanan Awam.

Lebih kurang jam 8.35 pagi pesawat Udara maritim Malaysia telah menjumpai 2 mangsa berbangsa cina warganegara Malaysia di perairan Tanjung Tuan lebih kurang 3.4 batu nautika Selatan Tanjung Tuan, kedua mangsa telah di bawa ke Stesen Udara Maritim Subang dan kemudian di hantar ke Hospital Sungai Buloh untuk pemeriksaan lanjut.

Mangsa yang diselamatkan adalah Leow Shak Kwan 54 tahun dan Hew Yoong Loong 61 tahun. Semua mangsa dapat diselamatkan operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pada jam 9.45 pagi.

 

IMG-20171008-WA0013 IMG-20171009-WA0040
   

Sumber:

LK I (M) Siti Nur Naiemah binti Abdul Shukur

Unit Perhubungan Awam DM 5