LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

KUANTAN 4 OKT – Ketua Pengarah APMM Laksamana Maritim Dato’ Indera Zulkifili bin Abu Bakar bersama 10 pegawai kanan Maritim Malaysia telah membuat kunjungan hormat ke atas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku  Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah bertempat di Istana Abdulaziz, Bandar Indera Mahkota , Kuantan, Pahang disini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Operasi, Laksamana Madya Maritim Dato’ Mohd Taha bin Ibrahim dan Pengarah Maritim Wilayah Timur, Laksamana Pertama Maritim Dato Hj Mamu bin Said Alee, Laksamana Muda Maritim Mohd Zubil Bin Mat Som, Laksamana Pertama Maritim Haji Abdul Razak Bin Lebai Omar, Laksamana Pertama Maritim Mohd Aliyas Bin Hamdan, Laksamana Pertama Maritim Ibrahim Bin Mohamed, Laksamana Pertama Maritim Abu Bakar Bin Idris,

Laksamana Pertama Maritim Ismaili Bin Bujang Pit, Laksamana Pertama Maritim Kamarulzaman Bin Hj Abu Hassan dan Laksamana Pertama Maritim Zulkarnain Bin Mohd Omar.

 

Sumber: Unit Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat 

           istana pahang 4 istana pahang
istana pahang 2 istana pahang 3