WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KUALA TRENGGANU,7 SEPTEMBER - Agensi  Penguatkuasaan Maritim Malaysia ( Maritim Malaysia ) telah berjaya menumpaskan satu rompakan lanun ke atas Kapal MT MGT1 dalam Operasi Sailang di  jarak lebih kurang 3 batu nautika Timur Pulau Yu Besar (perairan Terengganu), hari ini.

Laksamana Maritim Dato’ Indera Zulkifili bin Abu Bakar, Ketua Pengarah Maritim Malaysia berkata, Wilayah Maritim Timur telah menerima maklumat sebuah kapal Dagang MT Tanker MGT1 berasal dari Thailand berdasarkan bendera yang dipasang, bersama dengan 14 orang kru warganegara Thailand. dilaporkan hilang dari Sistem Identifikasi Automatik (AIS), kejadian di laporkan pada jam 5 petang semalam.

"Berdasarkan maklumat tersebut, Pasukan Tindakan Khas (PTK) telah diaturgerak ke lokasi terakhir kapal dikesan menggunakan pesawat AW 139.  Pada jam lebih kurang 2.05 pagi kapal tersebut telah dikesan pada jarak lebih kurang 37 batu nautika Timur Laut Pulau Tenggol.

"PTK telah melakukan Force Boarding dengan menggunakan teknik Fast Roping. Maklumat awal diterima hasil pemerhatian pesawat udara mendapati kelihatan sebuah bot pancung dan sebuah kapal di tempat kejadian. Juga kelihatan tiga (3) suspek di dalam bot  pancung tersebut". katanya dalam satu kenyataan disini, hari ini.

Tambahannya, maklumat daripada PTK melaporkan terdapat 10 suspek berada di dalam kapal dan beberapa das tembakan amaran telah dilepaskan dari pesawat udara apabila menyedari bot pancung cuba melarikan diri.

"Usaha mengawal bot pancung tidak dapat diteruskan oleh pesawat udara Maritim Malaysia berikutan kekangan bahan bakar yang terhad memaksa keputusan berpatah balik ke Kuantan dilakukan dan Pusat Operasi Maritim (POMAR) telah mengarahkan KM SEGANTANG untuk melaksanakan pencarian terhadap bot pancung yang berjaya melarikan diri manakala KM LANGKAWI ditugaskan untuk mengiringi MT MGT 1 ke Kuala Terengganu untuk serahan kepada Unit Siasatan dan Forensik."

Jelas Dato’ Indera lagi, 10 orang perompak warganegara Indonesia berjaya ditangkap di atas kapal MT MGT 1 bersama sebuah kapal tanpa nama (kapal Phanthom) di kedudukan 37 batu nautika Timur Laut Pulau Tenggol, tiga (3) perompak telah berjaya melarikan diri dengan menggunakan bot pancung yang digunakan semasa merompak MT MGT 1 ketika menyedari kehadiran Pasukan Tindakan Khas”.

21371100 702030573335757 949634367611630428 n Lanun