WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

BATU PAHAT, 9 SEPT - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pangkalan Maritim Batu Pahat (PM4) telah mengadakan Program Sahabat Maritim  di Pantai Punggur, Rengit, Johor.

Program ini telah dihadiri dan dirasmikan oleh Pengarah Maritim Wilayah Selatan YBhg Laksamana Pertama Maritim Dato’ Haji Adon bin Haji Shalan dan diiringi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit, YB Tuan Haji Ayub bin Haji Jamil.Turut hadir dalam program ini adalah Pengarah Maritim Daerah dan Pangkalan dibawah naungan Maritim Malaysia Wilayah Selatan (WILSEL), Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-ketua Masyarakat setempat, Badan Bukan Kerajaan dan swasta serta NGO. Seramai lebih kurang 300 orang dari sekitar kawasan kampung nelayan termasuk orang ramai yang tinggal berdekatan di pesisir Pantai Punggur, Rengit telah hadir dalam Program Sahabat Maritim ini.

Pengarah Maritim Wilayah Selatan berkata objektif  program adalah untuk mengeratkan silaturahim antara Maritim Malaysia dengan penduduk kampung, mewujudkan kerjasama antara Maritim Malaysia dengan penduduk kampung dalam memerangi jenayah maritim. Disamping itu juga dapat mengenalpasti masalah dan keperluan penduduk kampung sebagai pelanggan maritim. Ia merupakan salah satu agenda tahunan yang mana cuba memperkenalkan peranan dan fungsi agensi ini kepada golongan masyarakat di peringkat akar umbi, tetapi pada masa yang sama kita berusaha untuk menyampaikan sumbangan yang lain, berbentuk kebajikan ataupun kerja amal melalui konsep bergotong-royong disamping bergaul mesra dengan masyarakat tempatan.

Pelbagai aktiviti-aktiviti semasa program ini telah disusun bagi memeriahkan lagi Program Sahabat Maritim seperti penyampaian jaket keselamatan kepada para nelayan, gotong-royong membersihkan rumah-rumah asnaf terpilih, pemberian sumbangan keperluan harian kepada asnaf, pameran dari agensi kerajaan dan swasta, sukan rakyat serta sukaneka, membaik pulih Jeti Nelayan Pantai Punggur, membina sebuah tandas awam dan pendawaian semula elektrik di Jeti Nelayan Pantai Punggur, Rengit

"Tambahnya lagi, program ini diadakan sebagai salah satu usaha untuk menjalinkan hubungan kerjasama dan mendekatkan agensi ini di samping mempromosi Maritim Malaysia dalam kalangan masyarakat setempat khususnya komuniti maritim di kawasan yang terlibat. Kita amat memerlukan tuan-tuan dan puan-puan sekalian untuk memberi kerjasama dalam membekalkan maklumat dalam apa saja sekalipun,samada melalui telefon, perkhidmatan pesanan ringkas (sms) ataupun melalui emel mengenai apa saja aduan atau kejadian di laut,” katanya.

IMG 2580  IMG 2683

IMG 2693  IMG 2834

Sumber:

Unit Perhubungan Awam Pangkalan Maritim Batu Pahat.