WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KOTA TINGGI, 6 SEPT - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Daerah Maritim 7 Tanjung Sedili telah menahan sebuah kapal di kedudukan lebih kurang 2.85 batu nautika tenggara Tanjung Sepang,Penggerang Johor.

Pengarah Maritim Daerah Tanjung Sedili, Kepten Maritim Hj. Amran bin Hj. Daud berkata, pihaknya menahan kapal tersebut ketika kapal tersebut sedang bersauh tanpa dokumen yang sah dan kapal tersebut berdaftar di Indonesia membawa sembilan orang kru termasuk kapten kapal berumur 23 tahun hingga 62 tahun warganegara Taiwan dan Filipina.

Menurut beliau, kapal tersebut  telah diperiksa oleh bot ronda Maritim Malaysia semasa melakukan rondaan di kawasan tersebut dan mendapati kapal dagang tersebut gagal melaporkan ketibaan kepada Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia, bersauh tanpa kebenaran dan tiada dokumen kapal.

"Kapten Kapal dan dua krew kapal tersebut telah dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Malaysia Tanjung Sedili dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

100 2948

Sumber :

Unit Perhubungan Awam DM 7