WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

PULAU PINANG, 13 Ogos - Pengarah Maritim, Daerah Maritim 2 Pulau Pinang, Kepten Maritim Haji Rozali bin Mohd Said berkata, sebuah bot laju Maritim Malaysia telah melakukan rutin rondaan dan pemeriksaan bot serta kapal di sekitar perairan Pulau Pinang dan mengesan sebuah kapal korek pasir yang berada dalam keadaan mencurigakan dan seterusnya bot rondaan diarah membayangi aktiviti vesel tersebut yang disyaki berkemungkinan melakukan aktiviti penggorekan pasir di kawasan yang tidak dibenarkan .

Setelah melakukan pemeriksaan, didapati vesel-vesel tersebut hanya melakukan kesalahan bersauh tanpa kebenaran di luar batas pelabuhan daripada Jabatan Laut Malaysia.

“Mereka akan disiasat dibawah Akta Ordinan Perkapalan Saudagar (Merchant Shipping Ordinance) MSO 1952 dan jika disabitkan kesalahan ianya boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100.000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.” katanya.

Tambahnya lagi, Maritim Malaysia Pulau Pinang juga telah berjaya menahan sebuah bot tunda "Oceanline 282" atas kesalahan yang sama iaitu bersauh tanpa kebenaran lebih kurang jam 4.45 petang semalam.

"Bot tersebut ditahan di kedudukan 6 batu nautika Barat Laut Tanjung Piandang. Seorang nakhoda bersama lapan orang awak-awak warganegara Indonesia berada diatas bot tersebut semasa ditahan."

Kepten Haji Rozali juga menegaskan Maritim Malaysia Pulau Pinang akan mempertingkatkan lagi pemantauan dan rondaan bagi membanteras sepenuhnya aktiviti yang menyalahi undang-undang di laut. Oleh itu maklumat dan sokongan masyarakat sekeliling sangat diharapkan bagi memastikan kejayaan tangkapan setiap operasi.

Selain dari itu orang ramai diingatkan jika terdapat sebarang aduan atau kecemasan di laut, orang ramai diminta untuk memberi kerjasama dengan memberi maklumat awam yang lengkap kepada pihak Maritim Malaysia di talian 24 Jam iaitu MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim DM2 Pulau Pinang 04-2626146

 

20727987 1411939552231289 1755122656591547767 n

20768238 1411939525564625 7122741189221129763 n

Sumber:

Staf Perhubungan Awam DM2 Pulau Pinang