WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

GEORGETOWN, 13 Ogos - Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Daerah Maritim 2 Pulau Pinang menahan sebuah vessel kargo di Perairan Pulau Pinang lebih kurang jam 3.40 petang semalam.

Pengarah Maritim Daerah, Daerah Maritim 2 Pulau Pinang, Kepten Maritim Haji Rozali bin Mohd Said berkata, berdasarkan maklumat yang disalurkan oleh orang ramai, ketika bot Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan Operasi Satria Utara telah diarahkan membuat pemeriksaan sebuah kapal kargo ‘Hyperwin’ dikedudukan 0.5 batu nautika dari Timur Bagan Jermal, Georgetown, Pulau Pinang.

Setelah melakukan pemeriksaan, didapati kapal tersebut disyaki melakukan kesalahan dibawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 iaitu lesen kapal telah tamat tempoh dan tiada surat kebenaran Nakhoda.Kesemua tiga kru ditahan untuk diambil keterangan ialah seorang Nakhoda dan seorang kru warganegara Malaysia serta seorang kru tumpangan warganegara Indonesia.  

Tambahnya lagi orang ramai yang cintakan keamanan negara hendaklah terus berkerjasama memberikan naklumat agar undang undang dapat ditegakkan dengan baik dan betul. Selain itu sebarang aduan atau kecemasan di laut, orang ramai juga boleh lah memberi maklumat awam yang lengkap kepada pihak Maritim Malaysia di talian 24 Jam iaitu MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim DM2 Pulau Pinang 04-2626146.

20746334 1411941432231101 1999607017612580056 o

Sumber :

Staf Perhubungan Awam DM2 Pulau Pinang