WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KOTA TINGGI, 6 Ogos – Bot Pancing yang membawa 4 kru termasuk tekong dan 14 pemancing diselamatkan oleh Maritim Malaysia (APMM) di Jeti Wakaf Abu Bakar Maritime Base (ABMB) pada 5 Ogos lalu.

Timbalan Pengarah Operasi DM7 , Komander Maritim Mohammad bin Othman berkata, Bilik Operasi Maritim DM7 Tanjung Sedili menerima panggilan kecemasan lebih kurang jam 4.10 petang berkenaan pada hari kejadian tersebut.

Menurut beliau, pihak Maritim telah mengerakkan sebuah Bot dan sebuah kapal untuk melaksanakan Operasi Menyelamat pemancing di ABMB sejurus mendapat laporan tersebut.

“Bot pancing tersebut merapat di jeti ABMB untuk membuat pemeriksaan kerana tekong mendapati bot mengalami kerosakan pada janakuasa dan enjin di sebelah kanan yang mengakibatkan bot tersebut mengalami kebocoran yang besar dan air masuk dengan cepat,” katanya.

Pada jam 4.40 petang Maritim DM7 menerima maklumat bahawa bot tersebut bot tidak dapat diselamatkan dan lebih kurang 5.30 petang bot tersebut telah tenggelam sepenuhnya di lebih kurang 0.2bn jeti Wakaf ABMB.

“Kesemua kru bot dan pemancing yang berada di ABMB dipindahkan ke KM MULIA dengan menaiki bot KILAT 16 dan kesemua mangsa berada dalam keadaan selamat dan semua pemancing dibawa ke Jeti KD Sultan Ismail (KDSI) dan dibenarkan pulang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.  

Beliau sekali lagi ingin mengingatkan kepada semua komuniti maritim agar memaklumkan pihaknya dengan segera sekiranya berlaku sebarang kemalangan di laut, agar kejadian kecemasan di laut dilaporkan dengan segera agar tindakan mencari dan menyelamat dapat dikoordinasikan dengan secepat mungkin kerana APMM DM7 mengambil berat akan isu keselamatan di laut yang melibatkan pemancing bot kecil dan bot-bot nelayan.

WhatsApp Image 2017-08-07 at 12.34.21 WhatsApp Image 2017-08-07 at 12.34.23

Sumber : Staf Perhubungan Awam DM7