WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

GEORGETOWN, 03 Ogos – Mayat seorang lelaki berumur lingkungan 65 tahun telah ditemui bot peronda milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Daerah Maritim 2, Pulau Pinang lebih kurang jam 1.50 petang semalam dikedudukan 2.2 batu nautika Timur Laut Pulau Jerejak, Pulau Pinang.

Pengarah Maritim Daerah Maritim 2 Pulau Pinang, Kepten Maritim Haji Rozali bin Mohd Said berkata, pada jam lebih kurang 12.45 petang, Pusat Operasi Maritim Malaysia Daerah Maritim 2 Pulau Pinang menerima satu laporan mengenai seorang lelaki berbangsa cina disyaki terjatuh dari jambatan di tiang bernombor 32 Jambatan Pulau Pinang Pertama.

Sebaik menerima maklumat tersebut, sebuah bot peronda milik Maritim Malaysia Pulau Pinang telah diarah untuk ke lokasi kejadian dan akhirnya mangsa telah ditemui terapung tidak bernyawa selepas lebih kurang sejam pencarian.

Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak Polis di Jeti Pangkalan Polis Marin Batu Uban untuk tindakan lanjut.

Orang awam di minta agar melaporkan sebarang kejadian kecemasan atau kemalangan dilaut di talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Pulau Pinang di talian 04-2626146.

22ea03fe-f71b-4078-a743-75f6af20b5dd

Sumber :

Unit Perhubungan Awam DM2 pulau Pinang