WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

GEORGETOWN, 02 Ogos – Berdasarkan penilaian maklumat perisikan dan pelaksanaan strategi operasi, Maritim Malaysia Pulau Pinang, telah berjaya mematahkan usaha sesetengah bot nelayan pukat tunda yang seringkali cuba mengelirukan pihak berkuasa melalui maklumat palsu.

Pada jam 1.00 pagi tadi bot peronda milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Daerah Maritim 2, Pulau Pinang telah menahan sebuah bot nelayan kelas B di kedudukan lebih kurang 2 batu nautika Barat Daya Pulau Kendi, Pulau Pinang.

Pengarah Maritim Daerah Maritim 2 Pulau Pinang, Kepten Maritim Haji Rozali bin Mohd Said berkata, hasil dari pemeriksaan, seorang tekong bersama tiga orang awak-awak berumur lingkungan 46 hingga 59 tahun yang berada di atas bot tersebut telah gagal mempamerkan surat kebenaran sebagai pembantu tekong dan disyaki melakukan kesalahan Undang-Undang Malaysia di bawah Akta Perikanan 1985 iaitu melanggar syarat lesen dengan memukat kurang 8 batu dari pantai terdekat seperti yang ditetapkan.

"Bot tersebut ditahan bersama hasil tangkapan lebih kurang 150 kilogram dan kemudiannya dibawa ke Jeti Batu Maung untuk siasatan dan tindakan lanjut.” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Tambahannya, beliau berharap agar Komuniti Maritim sekitar Pulau Pinang bekerjasama dengan pihak Maritim Malaysia dalam usaha menyekat bot pukat tunda yang melakukan kesalahan terutamanya bot yang melakukan kesalahan memukat di bawah jarak yang ditetapkan yang sering menjadi rungutan nelayan pantai.

Walaubagaimanapun ada diantara aduan yang diterima didapati tidak benar setelah aset tiba dilokasi kurang dari 30 minit dan aduan palsu sebegini seharusnya dielakkan kerana ianya boleh mengganggu tugas operasi yang lebih penting seperti tugas carilamat (SAR) dan juga secara tidak langsung menyebabkan pembaziran penggunaan minyak.

Beliau juga menegaskan supaya warga maritim agar tidak melakukan kesalahan yang menyalahi undang-undang sedia ada. Sebarang aktiviti jenayah atau kecemasan di laut boleh disalurkan melalui talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Pulau Pinang di talian 04-2626146.

04bd1f3a-2c42-4af8-b81b-17882475f20d

 

Sumber:

Staf Unit Perhubungan Awam DM2 Pulau Pinang