WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

BATU PAHAT, 30 Julai – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pangkalan Maritim Batu Pahat (PM 4) menerima satu panggilan telefon daripada seorang nelayan mengenai pertemuan mayat manusia di Perairan Tanjung Laboh, disini hari ini.

Pengarah Maritim Pangkalan Batu Pahat Leftenan Komander Maritim Muhammad Zulkarnain Bin Abdullah berkata, sejurus dengan panggilan tersebut APMM telah menggerakan sebuah aset bot peronda ke tempat kejadian untuk mengambil mayat tersebut. Setibanya bot dikawasan yang dilaporkan, kelihatan mayat seorang lelaki dan yang tiada sebarang dokumen pengenalan diri. Mayat kemudianya dibawa ke jeti Pangkalan Maritim Batu pahat untuk diserahkan kepada pihak polis.

Tambahnya lagi, jika terdapat sebarang aduan atau kecemasan di laut APMM berharap agar orang ramai dapat memberi kerjasama dengan memberi maklumat awam yang lengkap di talian 24 jam iaitu MERS 999 atau Pusat Operasi Pangkalan Maritim Batu Pahat 07-4344020.

 

 

Sumber : 

Staf Perhubungan Awam PM 4 Batu Pahat