WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KOTA TINGGI, 25 Jul – Bot Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim Tanjung Sedili (DM 7) telah menahan sebuah kapal dagang kerana bersauh tanpa kebenaran di perairan Pengerang, semalam.

Pengarah Maritim Daerah Tanjung Sedili, Kepten Maritim Hj. Amran bin Hj. Daud berkata, kapal MV WISDOM SEA REEFER dikesan bot peronda APMM pada kedudukan kira-kira 4.3 Batu Nautika Timur Tg. Ramunia.

"Bot peronda APMM DM 7 memeriksa kapal tersebut pada jam lebih kurang 21.50 malam dan seterusnya menahan kapal yang berdaftar di San Lorenzo itu di atas kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Amran berkata, Ketika pemeriksaan dilakukan, kapal berkenaan gagal mempamerkan dokumen kebenaran bersauh daripada Pengarah Jabatan Laut Malaysia dan gagal mengemukakan insurans Kapal bila diminta serta gagal membayar dius api.

"Dokumen kapal MV WISDOM SEA REEFER dan 19 passport krew bersama 4 orang krew kapal telah ditahan dan dibawa ke pejabat APMM Daerah Maritim DM 7 untuk siasatan lanjut" ulasnya lagi.

WhatsApp Image 2017-07-26 at 12.20.28  

Sumber : Staf Perhubungan Awam DM 7