WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

GEORGETOWN, 24 Julai – Sebuah bot nelayan tempatan kelas C telah ditahan pada jarak lebih kurang 4.6 batu nautika Barat Laut Pulau Kendi oleh bot peronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang lebih kurang jam 11.00 malamtadi.

Pengarah Maritim Daerah, Daerah Maritim 2 Pulau Pinang, Kepten Maritim Haji Rozali bin Mohd Said berkata, hasil dari pemeriksaan, seorang tekong bersama dua orang awak-awak warganegara Thailand berumur lingkungan 24 hingga 37 tahun berada di atas bot tersebut dipercayai melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 iaitu melanggar syarat lesen, menangkap ikan di bawah 12 batu nautika.

"Bot tersebut bersama 1500kg hasil tangkapan ditahan dan dibawa ke Jeti Limbongan Batu Maung untuk siasatan  dan tindakan lanjut. Pihak kami memandang serius berkenaan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985  terutamanya kesalahan yang melibatkan menangkap ikan diluar dari Zon yang ditetapkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia.” katanya.

Tambahan beliau agar Komuniti Maritim Pulau Pinang bekerjasama dengan pihak Maritim Malaysia dan tidak bekerjasama dengan bot pukat tunda yang melakukan kesalahan tarik tepi yang sering menjadi rungutan nelayan pantai.

Dalam kejadian berasingan, pada jam 1.45 pagi, seorang nelayan pantai telah membuat panggilan kecemasan ke Pejabat Operasi Maritim Pulau Pinang meminta bantuan kecemasan kerana tali pukatnya terbelit di boya tanpa lampu di perairan Pulau Jerejak.

“Sehubungan dengan itu bot laju Maritim Malaysia Pulau Pinang digerakkan ke lokasi dimana bot nelayan tersebut berada sebaik menerima maklumat untuk memberi bantuan sewajarnya. Pengadu yang dikenali sebagai En. Maidin dari Kampung Nelayan Batu Uban berterima kasih  atas bantuan yang disalurkan oleh pihak Maritim Malaysia Pulau Pinang ketika dalam keadaan genting yang hampir menyebabkan botnya tenggelam kerana keadaan laut yang agak beralun di dalam suasana yang gelap gelita berseorangan,” katanya lagi.

Disamping itu beliau menasihatkan semua Komuniti Maritim khususnya nelayan pantai agar meningkatkan keselamatan diri semasa dilaut dan menggunakan saluran kecemasan jika berlaku kecemasan atau mempunyai sebarang aduan di talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Pulau Pinang di talian 04-2626146.

74b4029b-9aba-430e-9fc0-628bdc96b462

Sumber:

Staf Perhubungan Awam DM2 Pulau Pinang