WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

GEORGETOWN, 20 JULAI – Dua bot nelayan Kelas A ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang semasa membuat rondaan di sekitar perairan Pulau Pinang.

Kedua-dua bot ditahan di kedudukan lebih kurang 0.2 batu nautika Barat Daya Sungai Jawi, Pulau Pinang lebih kurang 12.30 tengahari semalam kerana melakukan kesalahan dibawah Akta Perikanan 1985 iaitu tidak mengusahakan bot sendiri.Kedua-dua bot bersama dua orang tekong dan dua awak-awak terdiri daripada seorang warganegara tempatan, seorang warga Bangladesh dan dua orang warga Nepal yang berumur lingkungan 22 hingga 40 tahun telah dibawa ke Jeti Batu Uban untuk siasatan lanjut.

Pengarah Maritim Daerah 2 Pulau Pinang, Kepten Maritim Haji Rozali bin Mohd Said dalam kenyataan media menyatakan minggu ini kami telah menahan 4 buah bot nelayan tempatan yang telah melakukan kesalahan Undang-Undang Malaysia di bawah Akta Perikanan 1985.

"Kerjasama daripada semua pihak dlm memberi maklumat yang benar, tepat dan cepat sangat dihargai, bagi mengelakkan pembaziran bahan api serta mengelakkan dari taktik alih tumpuan penguatkuasaan yang merugikan semua komuniti maritim". Beliau juga menasihatkan pengusaha bot nelayan pantai mematuhi syarat lesen mengusaha sendiri dan larangan menggunakan warga asing.

899a26c6-1399-4643-91cd-d27515942454

Sumber:

Staf Perhubungan Awam DM2 Pulau Pinang