WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KLANG, 19 JUL – Sekumpulan 10 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor dalam satu operasi di perairan Selangor, pagi ini.

Pengarah Maritim Daerah, Kepten Maritim Abu Zaki bin Hj Mohammad berkata, PATI yang ditahan terdiri daripada seorang tekong dan dua awak-awak warga Indonesia dan tujuh warga Bangladesh. PATI tersebut ditahan dalam satu operasi kira-kira 1 batu nautika dari daratan berhampiran Pulau Pintu Gedung pada kira-kira jam 2.30 pagi.

Semua mereka yang berumur dalam lingkungan 27 hingga 39 tahun itu ditahan di atas sebuah bot tanpa nombor pendaftaran dipercayai dalam perjalanan masuk ke Malaysia. Siasatan awal mendapati mereka tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah. Kesemua mereka kemudiannya diiringi ke Jeti DM4 Selangor bagi siasatan lanjut. Kes ini disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang Dan Anti Penyeludupan Migran 2007 kerana cuba memasuki Malaysia secara tidak sah melalui pintu yang tidak diwartakan.

Maritim Malaysia akan terus meningkatkan pemantauan dan operasi di kawasan yang telah dikenal pasti sebagai lorong tikus bagi menghalang sebarang kemasukan secara tidak sah dan penyeludupan migran daripada terus berlaku. Disamping itu, Maritim Malaysia berharap agar orang ramai dapat memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat yang lengkap kepada Maritim Malaysia jika terdapat sebarang aduan, kecemasan dan aktiviti jenayah dilaut di talian 24 jam MERS 999 atau pusat operasi Maritim Malaysia.

WhatsApp Image 2017-07-19 at 14.54.08 1 WhatsApp Image 2017-07-19 at 14.54.09

Sumber:

Staf Perhubungan Awam DM4 Negeri Selangor