WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KLANG, 20 JULAI – Maritim Malaysia menahan sebuat bot nelayan Kelas C di perairan Selangor, kira-kira 8.1 batu nautika dari barat daya Permatang Sedepa dalam satu operasi rutin yang dijalankan.

Pengarah Maritim Daerah, Kepten Maritim Abu Zaki bin Hj Mohammad berkata, kapal ronda maritim yang membuat pemeriksaan mendapati bot nelayan tersebut beroperasi tanpa surat kelulusan daripada Ketua Pengarah Jabatan Perikanan untuk menggaji warga asing. Tekong dan empat awak-awak warganegara Myanmar lelaki yang berumur dalam lingkungan 21 hingga 45 tahun kemudiannya ditahan kira-kira jam 7 petang semalam dan diiringi ke Jeti DM4 Selangor untuk siasatan lanjut. Kes ini disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63 kerana melanggar arahan Ketua Pengarah Jabatan Perikanan serta tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah semasa pemeriksaan dilakukan.

Pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang  di kawasan perairan Malaysia khususnya perairan Selangor akan terus giat dilakukan Maritim Malaysia tanpa berkompromi dengan mana-mana pihak yang degil melanggar undang-undang. Namun, orang ramai diharapkan dapat memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat yang lengkap kepada Maritim Malaysia jika terdapat sebarang aduan, kecemasan dan aktiviti jenayah dilaut di talian 24 jam MERS 999 atau pusat operasi Maritim Malaysia.

WhatsApp Image 2017-07-20 at 11.02.33 WhatsApp Image 2017-07-20 at 11.36.05

Sumber :

Staf Perhubungan Awam DM4 Klang