WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KUALA KURAU, 12 Julai - Timbalan Pengarah Operasi, Leftenan Maritim Safril Aza Bin Mustapa turut serta menaiki pesawat udara APMM bagi tujuan melakukan pemantauan di Perairan Sanggar Besar hingga ke Perairan Kuala   Kurau. Sewaktu pemantauan dilakukan didapati bot nelayan pukat kenka melakukan aktiviti menangkap ikan menggunakan pukat ganding di luar kawasan yang tidak dibenarkan di kedudukan jarak kurang 2 batu nautika dari Pantai Kuala Kurau pada pukul 10.30 pagi. Timbalan Pengarah Operasi, Leftenan Maritim Safril Aza Bin Mustapa mengarahkan bot ronda APMM yang bertugas ke lokasi kejadian bagi melakukan pemeriksaan dan menahan sebuah bot  yang dipercayai berada di kedudukan lebih kurang 1 batu nautika dari Pantai Kuala Kurau.

Hasil pemeriksaan didapati dokumen serta lesen bot lengkap tetapi dua telah melarikan diri. Ketua bot ronda APMM mengarahkan tekong bot tersebut yang telah ditahan menghubungi tekong bot terbabit supaya berada kembali diri di lokasi bot ronda APMM yang sedang melakukan pemeriksaan. Setelah yang melarikan diri tersebut hadir ke lokasi pada jam lebih kurang pukul 11.00 pagi. Kedua-dua bot nelayan tersebut ditahan kerana melakukan kesalahan  dibawah Akta Perikanan 1985 iaitu telah melanggar syarat lesen vessel dimana melakukan aktiviti menangkap ikan kurang dari 5 batu nautika. Bot diiringi ke jeti APMM Pangkalan Maritim Kuala Kurau untuk diserahkan kepada unit siasatan bagi tindakan selanjutnya. Segala hasil tangkapan lebih kurang 50 kg telah dilelong, manakala awak-awak telah dilepaskan dengan jaminan polis.

bot kenka 1  bot kenka 2 

 

 

Sumber :

Staf Unit Perhubungan Awam Pangkalan Maritim Kuala Kurau