WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

Tawau, 13 Julai - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Daerah Maritim 18 Tawau (DM18telah merampas sejumlah 890 karton rokok dipercayai cuba diseludup masuk ke daerah ini dari negara jiranpada jam lebih kurang 11.15 malam, semalam.

 Timbalan Pengarah (Operasi), Daerah Maritim 18 Tawau Leftenan Komander Maritim Ahmad Firdaus bin Shaari berkata, bot peronda Maritim Malaysia yang sedang menjalankan tugas rondaan di kawasan tanggungjawab telah mengesan sebuah bot pancung dalam keadaan bergelap serta mencurigakan berhampiran perairan Kampung Titingan Batu 2, Tawau.

 "Bot suspek meluncur laju ke arah pesisir pantai dan tekong bertindak terjun ke laut meninggalkan bot tersebut sebaik sahaja berjaya dihampiri. Hasil pemeriksaan ke atas bot yang menggunakan enjin sangkut berkuasa kuda 115hp itu kemudiannya menemukan muatan 15 kotak berisi muatan rokok kretek pelbagai jenama. Nilai rampsan keseluruhan dianggarkan bernilai RM87,300” katanya. 

 

Kesemua barang rampasan dibawa ke jeti Maritim Malaysia DM18 Tawau dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat DM18 untuk siasatan lanjut. Kes tersebut akan disiasat mengikut Akta Kastam 1967.

 

Maritim Malaysia akan terus menjalankan tugas- tugas penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti yang menyalahi undang-undang di perairan Tawau. Sebarang maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi terus di talian 089-752115 pusat operasi Maritim Malaysia Tawau atau di talian MERS 999 untuk sebarang kejadian kecemasan.

rokok 1 rokok 2

Sumber / Foto :

Unit Perhubungan Awam

Daerah Maritim 18 Tawau