WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KLANG, 5 JUL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Daerah Maritim 4 (DM 4) Selangor telah berjaya menumpaskan aktiviti pengambilan pasir laut secara haram di negeri ini.

Pengarah Maritim Daerah, Kepten Maritim Abu Zaki bin Hj Mohammad berkata, ketika bot Maritim Malaysia melakukan rondaan Ops Satria Selatan, bot Maritim Malaysia telah mengesan sebuah kapal Xin Zhou 1 yang sedang dalam perjalanan masuk setelah melakukan aktiviti pengambilan pasir secara haram di perairan Klang, Selangor.

Hasil pemeriksaan lanjut ke atas kapal tersebut yang didaftarkan di Kepulauan Palau mendapati terdapat 9 orang krew warganegara China termasuk bersama nakhoda berumur lingkungan 41 tahun hingga 60 tahun bersama-sama pasir laut yang diambil secara haram di atas kapal tersebut. Seorang daripada krew kapal tersebut tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah semasa pemeriksaan dilakukan.

Kapal tersebut telah diiringi ke Pelabuhan Klang untuk siasatan lanjut. Kes ini disiasat dibawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen pengambilan pasir laut dan dokumen pengenalan diri yang sah semasa pemeriksaan.

Maritim Malaysia akan terus meningkatkan pemantauan dan operasi di kawasan yang telah dikenal pasti sebagai kawasan titik panas bagi menghalang jenayah maritim dari berlaku. Disamping itu, Maritim Malaysia berharap agar orang ramai dapat memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat yang lengkap kepada Maritim Malaysia jika terdapat sebarang aduan, kecemasan dan aktiviti jenayah dilaut di talian 24 jam MERS 999 atau pusat operasi Maritim Malaysia.

 

Kapal Pasir

Kapal Pasir

  

Sumber:

Staf Perhubungan Awam DM 4 Negeri Selangor