WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

Tawau, 5 Julai - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Daerah Maritim 18 Tawau telah berjaya mengagalkan cubaan masuk PATI warganegara asing ke daerah Tawau awal pagi tadi.

Pengarah Maritim Daerah, Daerah Maritim 18 Tawau Kepten Maritim Romli berkata, bot peronda Maritim Malaysia yang sedang menjalankan tugas rondaan di kawasan tanggungjawab telah berjaya mengesan dan menahan sebuah pam bot mencurigakan di perairan Kinabutan Kecil, Tawau pada jam lebih kurang 4.00 pagi.

"Hasil pemeriksaan mendapati, pam bot tersebut tidak mempunyai sebarang nombor pendaftaran dan terdapat seorang juragan dan 28 penumpang disyaki warganegara Filipina yang terdiri daripada 16 orang lelaki dewasa, 6 orang perempuan dewasa, 4 orang kanak- kanak lelaki dan 3 kanak- kanak perempuan berumur dalam lingkungan 2 bulan hingga 61 tahun. Kesemua yang diperiksa gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah," katanya.

Tambahnya lagi, pam bot tersebut cuba menyusup masuk ke daerah Tawau daripada Bongao Tawi -Tawi, Filipina. Bot tersebut difahamkan telah bertolak pada 4 Julai 2017 jam 6.00 pagi dan telah berada di laut selama 20 jam sebelum ditahan oleh bot peronda Maritim Malaysia. Kesemua yang ditahan telah dibawa ke jeti Maritim Malaysia, Tawau untuk disiasat dibawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan Akta Imigresen 1959/63.

Maritim Malaysia akan terus menjalankan tugas- tugas penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti yang menyalahi undang-undang di perairan Tawau. Sebarang maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi terus di talian 089-752115 pusat operasi Maritim Malaysia Tawau atau di talian MERS 999 untuk sebarang kejadian kecemasan.

29 pati1 29 pati2

Sumber/Foto:

Staf Unit Perhubungan Awam Daerah Maritim 18 Tawau