WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

Pengarah Maritim Daerah, Daerah Maritim 2 Pulau Pinang, Kepten Maritim Haji Rozali bin Mohd Said berkata, bot nelayan tersebut ditahan pada jam lebih kurang 5 petang semalam di kedudukan 42.7 batu nautika Barat Daya Pulau Kendi iaitu lebih kurang 25 batu nautika dari garisan sempadan Malaysia - Indonesia.

“Hasil pemeriksaan mendapati seorang  tekong dan 3 orang awak-awak warganegara Indonesia berumur lingkungan 18 hingga 45 tahun berada di atas bot tersebut. Kesemua mereka ditahan kerana didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan atau cubaan menangkap ikan di perairan perikanan Malaysia tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM1 juta bagi tekong dan RM100,000 bagi setiap awak-awak.

Bot dan nelayan bersama hasil tangkapan ikan seberat lebih kurang 500 kilogram dan peralatan menangkap ikan disita dan dibawa ke jeti Limbungan Batu Maung untuk siasatan lanjut.

Menurut Kepten Haji Rozali lagi, Maritim Malaysia akan terus melakukan rondaan dan menguatkuasakan undang-undang terutamanya di kawasan sempadan perairan negara bagi mengelak aktiviti pencerobohan secara haram terus berlaku. Beliau juga menasihati para nelayan tempatan agar tidak menjalankan aktiviti menangkap ikan di perairan negara jiran bagi mengelakkan dari ditahan oleh penguatkuasa negara jiran.

 35ccadd0-66c0-4fc3-938d-3ccf9a7e957f