WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

SANDAKAN, 15 Jun – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Daerah Maritim 17 (DM17), Sandakan  telah menahan sebuah bot pam disyaki melakukan kegiatan mengebom ikan di perairan Lankayan, semalam.

Timbalan Pengarah Operasi DM17, Komander Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid berkata, penahanan ini hasil kerjasama daripada Sugud Islands Marine Conservation Area (SIMCA) yang melaporkan kejadian ini kepada pihak Maritim Malaysia.

“Bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melakukan rondaan Op Pluto Timur di kawasan itu telah memeriksa bot pam tersebut pada pukul 5 petang semalam di kedudukan 2.2 batu nautika timur laut Pulau Lankayan.

“Hasil pemeriksaan lanjut, kami menemui 5 buah botol disyaki berisi bahan peledak, sumbu, fius, mancis dan tong ikan berisi lebih kurang 50 kilogram ikan.

“Maritim Malaysia memandang serius aktiviti mengebom ikan ini kerana ianya boleh merosakkan ekosistem laut. Disamping pencemaran, hidupan laut terutamanya batu-batu karang turut musnah,” tegasnya dalam sidang media sebentar tadi.

Tambahannya, bot pam yang dinaiki empat orang awak-awak tanpa dokumen pengenalan diri yang sah dipercayai warganegara Filipina itu kemudiannya ditahan di bawah Seksyen 26, Akta Perikanan kerana menangkap ikan dengan menggunakan kaedah terlarang seperti bahan letupan.

Bot seterusnya dibawa ke Jeti Maritim Malaysia Sandakan dan diserahkan kepada pegawai penyiasat DM17 untuk tindakan lanjut.

DSCN7381 IMG 2326

Disediakan Oleh :

LK I (M) Ardiansyah Bin Johansyah

Staf Perhubungan Awam DM 17 Sandakan