WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

SANDAKAN, 14 Jun – Seorang nelayan yang dilaporkan hilang tengah hari semalam, ditemui mati lemas pada jam 7 pagi tadi di Kuala Sungai Paitan, Beluran.

Mangsa Amiruddin Jakariah, 37, dikatakan keluar ke laut seorang diri untuk memukat ikan pada isnin lepas dan tidak pulang ke rumah sehingga semalam sebelum ahli keluarganya membuat laporan polis.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Daerah Maritim 17 (DM17), Sandakan, telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 12.45 tengah hari semalam seterusnya menggerakkan sebuah bot ke lokasi dibantu oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) serta penduduk kampung.

Timbalan Pengarah Operasi DM17, Komander Maritim Mohd Khairul Anuar Abd Majid   berkata, seorang penduduk kampung yang dalam perjalanan pulang dari mencari ketam ada terlihat bot mangsa di kuala Sungai Sidi pada jam 10 malam Isnin lepas namun tidak menyinggah kerana menyangkakan mangsa tidur di dalam bot berkenan.

Pasukan SAR membuat pencarian di kawasan bot mangsa dijumpai sebelum mayatnya ditemui oleh penduduk kampung pagi tadi. Mayat seterusnya dituntut oleh ahli keluarga mangsa dan SAR ditamatkan pada jam 8 pagi tadi.

ERT

Disediakan Oleh : 

LK I (M) Ardiansyah Bin Johansyah

Staf Perhubungan Awam DM 17 Sandakan