WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

JOHOR BAHARU, 13 Jun – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Daerah Maritim 6 Johor Bahru (DM6) telah mengadakan pertemuan bersama kapal Tentera Nasional Indonesia (Angkatan Laut) di perairan 13.5 batu nautika barat daya Pulau Pisang.

Kapal Tentera Nasional Indonesia (TNI) yang terlibat adalah KRI Sembilang (850) yang di ketuai oleh Mayor Heri.K.

Aset  Maritim yang terlibat dalam pertemuan ini ialah Bot Pengawal 46 wakil Daerah Maritim 6 Johor Bahru (DM6) di ketuai oleh LT Muda (M) Syahrul Hisham Azli Putera Bin Hamzah, manakala Bot Kilat 47 wakil dari Pangkalan Maritim Batu Pahat (PMBP) yang ketuai oleh LK (M) Nor Hashim bin Abu Bakar.

Pertemuan ini bertujuan mengukuhkan lagi ikatan kerjasama dan kawalan sempadan oleh Maritim Malaysia bersama TNI (Angkatan Laut).

Tambahan pula, pertemuan ini juga dapat melonjak usaha meningkatkan lagi silaturahim dan kesefahaman yang terjalin dia antara Maritim Malaysia dengan TNI khususnya dalam menjaga perairan dan dalam bidang maritim.

tni1  

tni2

Sumber :

Staff Unit Perhubungan Awam DM6 Johor Bahru