WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KOTA KINABALU, 12 JUN – Pusat Operasi (PUSOP), Daerah Maritim 15, Kota Kinabalu (DM15) telah menerima panggilan aduan tentang seorang nelayan, Awang bin Johar berumur 39 tahun yang keluar memancing tidak dapat dihubungi, semalam.

Menurut pengadu Saidun bin Danah semasa membuat aduan di PUSOP DM15, kali terakhir pengadu menghubungi mangsa lebih kurang jam 8.00 malam dan mangsa menaiki bot fiber berukuran 17 kaki dan menggunakan enjin 15 kuasa kuda memaklumkan bot mangsa kehabisan minyak di perairan Pulau Dinawan dan dibawa arus menghala ke Pulau Gaya.

Pengarah Maritim DM15, Laksamana Pertama Maritim Adam bin Aziz dalam kenyataannya berkata, sebaik sahaja menerima aduan dan maklumat daripada pengadu, sebuah aset Maritim Malaysia iaitu Kilat 36 yang diketuai oleh Bintara Kanan Maritim Johnny A/k Sigi telah diarahkan ke lokasi yang diberikan untuk mencari mangsa tersebut.

"Pada jam lebih kurang 11.40 malam, mangsa berjaya dihubungi oleh PUSOP dan memaklumkan mangsa berada diperairan berhampiran Lapangan Terbang KKIA dan bot yang dinaiki mangsa menyalakan lampu putih sebagai tanda", katanya lagi.

Tambahannya, selepas itu bot Kilat 36 telah diarahkan ke lokasi yang dinyatakan dan berjaya menemui mangsa yang berada dalam keadaan kesejukan di perairan Sutra Harbour.Mangsa kemudiannya dibawa ke Jeti Jesselton.

Tegasnya lagi, Maritim Malaysia akan sentiasa berada ditahap yang tertinggi bagi menghadapi apa-apa kecemasan yang berlaku dilaut dan orang ramai dinasihatkan agar memastikan segala kelengkapan keselamatan berada dalam keadaan yang baik sebelum melakukan aktiviti di laut. 

46c2d665-e516-4c5c-bd55-5db578c29f5c 0a7f70b1-f1db-4fd7-885f-0eda4b8b59bd

Sumber/Foto :

Staf Perhubungan Awam Kota Kinabalu