WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

GEORGETOWN, 8 JUN Dua buah bot nelayan tempatan kelas B telah ditahan di kedudukan lebih kurang 5.7 batu nautika dan 6.2 batu nautika barat Pulau Kendi oleh bot peronda milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Daerah Maritim 2, Pulau Pinang diantara jam 2.00 hingga 3.00 petang semalam.

Timbalan Pengarah (Operasi), Daerah Maritim 2 Pulau Pinang, Komander Maritim Azman bin Samsudin berkata, hasil dari pemeriksaan, kedua - dua bot tersebut dipercayai melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8(b),Akta Perikanan 1985 di atas kesalahan melanggar syarat-syarat lesen iaitu melakukan penangkapan ikan kurang 8 batu nautika dari daratan terdekat.

"Kedua- dua bot tersebut bersama lebih kurang 3500 kg ikan ditahan dan dibawa ke Jeti Limbungan Batu Maung untuk tindakan lanjut", katanya dalam satu kenyataan disini, hari ini.

Azman juga menegaskan kepada pengusaha-pengusaha bot nelayan supaya mematuhi undang-undang dan tidak melanggar syarat lesen perikanan. Maritim Malaysia Pulau Pinang mengambil serius terhadap kesalahan melanggar undang-undang Malaysia.

 c89cc351-60ac-4216-84cb-cecfd5e6a1bc.jpg

dc561675-b9e5-4434-90ef-c2df7956845c.jpg

Sumber:

Unit Perhubungan Awam DM2 Pulau Pinang