WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

GEORGETOWN, 24 MEI – Bot peronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Daerah Maritim 2 Pulau Pinang telah menahan sebuah bot tunda di kedudukan lebih kurang 0.5 batu nautika dari jeti Pangkalan Raja Uda, Georgetown, Pulau Pinang lebih kurang jam 4.00 petang semalam.

Timbalan Pengarah (Operasi), Daerah Maritim 2 Pulau Pinang, Komander Maritim Azman bin Samsudin berkata, semasa bot peronda Maritim Malaysia sedang melakukan pemantauan di sekitar perairan Pulau Pinang telah mengesan sebuah bot tunda di sekitar perairan tersebut.

"Seperti biasa, pemeriksaan akan dilakukan terhadap mana-mana kapal jika perlu berdasarkan maklumat orang awam atau secara rambang.  

"Hasil pemeriksaan mendapati kapal tersebut disyaki melakukan beberapa kesalahan di bawah Akta Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 (MSO) iaitu nakhoda  kapal tidak seperti yang didaftarkan di dalam buku lesen dan penumpang tidak memakai jaket keselamatan." katanya dalam satu kenyataan, disini hari ini.

Tambahannya, dua orang krew kapal warganegara tempatan bersama lima lagi penumpang dibawa ke jeti Polis Marin Batu Uban untuk tindakan lanjut.

Menurutnya lagi, pihak Maritim Malaysia akan sentiasa memantau aktiviti-aktiviti perkapalan di sekitar perairan Pulau Pinang agar semua kapal-kapal yang beroperasi mematuhi undang-undang serta peraturan sediaada di perairan Malaysia. 

7730cf77-416e-4802-87a7-829fcfae89b7.jpg

Sumber:

Unit Perhubungan Awam DM2 Pulau Pinang