WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

GEORGETOWN, 20 MEI – Sebuah bot nelayan tempatan kelas C telah ditahan di kedudukan lebih kurang 9.4 batu nautika barat daya Pulau Kendi oleh bot peronda milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang lebih kurang jam 7.00 petang semalam.

Timbalan Pengarah (Operasi), Daerah Maritim 2 Pulau Pinang, Komander Maritim Azman bin Samsudin berkata, hasil dari pemeriksaan, seorang tekong bersama tiga lagi awak-awak warganegara Thailand lingkungan umur 38 hingga 62 tahun berada di atas bot tersebut dipercayai melakukan kesalahan Undang-Undang Malaysia di bawah Akta Perikanan 1985 atas kesalahan melanggar syarat-syarat sah lesen.

"Bot tersebut bersama lebih kurang 200 kilogram ikan ditahan dan dibawa ke Jeti Pangkalan Polis Marin, Batu Uban untuk tindakan lanjut",katanya dalam satu kenyataan, disini hari ini.

Beliau juga menegaskan kepada pengusaha-pengusaha bot nelayan supaya mematuhi undang-undang dan tidak melanggar syarat lesen perikanan. Maritim Malaysia Daerah Maritim 2 Pulau Pinang memandang serius terhadap kesalahan melanggar undang-undang Malaysia.

Tambahannya, sebarang aktiviti jenayah atau kecemasan di laut boleh disalurkan melalui talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia Pulau Pinang di talian 04-2626146.

ff5e9cf9-8924-4b32-b4e0-bc611eaf7a86.jpg

Sumber :

Unit Perhubungan Awam DM2 Pulau Pinang