WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

GEORGETOWN, 18 MEI - Seorang nelayan pantai warganegara tempatan, Ismail bin Omar (51), hilang selepas bot nelayan kelas A yang dinaiki bersama dua lagi rakannya tenggelam di kedudukan lebih kurang 4 batu nautika dari pantai Teluk Bahang lebih kurang jam 2.15 petang semalam.

Setelah operasi mencari dan menyelamat diaktifkan, akhirnya mangsa telah dijumpai selamat tetapi didalam keadaan fizikal yang lemah setelah hampir 24 jam terapung di laut.

Manakala dua lagi rakan mangsa telah selamat dijumpai terlebih dahulu berdekatan tempat kejadian pada jam 10.15 malam tadi di kedudukan 3.4 batu nautika dari pantai Teluk Bahang.

Kesemua mangsa telah ditemui oleh nelayan tempatan dan kemudiannya diserahkan kepada bot ronda Maritim Malaysia untuk dibawa ke jeti sebelum diberi rawatan.

Pengarah Daerah Maritim 2 Pulau Pinang , Kepten Maritim Haji Rozali bin Mohd Said berkata, bot nelayan tersebut telah tenggelam semasa dalam perjalanan pulang ke jeti Teluk Bahang disyaki bot mengalami kerosakan enjin dan masalah pam yang tidak berfungsi menyebabkan air masuk dan bot tengelam.

Tambahannya, Sepanjang operasi mencari dan menyelamatini dijalankan, ianya telah melibatkan aset-aset dari Maritim Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) dan Nelayan Tempatan.

"Memandangkan keadaan cuaca yang tidak menentu,  semua bot-nelayan  di Utara perairan Semenanjung dinasihatkan supaya berhati-hati dan mengambil langkah keselamatan yang perlu seperti menyediakan jaket keselamatan manakala bot-bot kecil pelancong dilarang membuat aktiviti pelancongan di laut ketika cuaca buruk bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlak", katanya lagi.

Menurutnya lagi, orang ramai juga dinasihatkan untuk menghubungi talian kecemasan 999, atau Pusat Operasi Maritim Malaysia Pulau Pinang di talian 04-2626146 jika mempunyai sebarang maklumat berhubung jenayah atau kemalangan yang berlaku di perairan negara.

83ddffe7-6c86-4a6e-88d4-c1735153f8b0

f66efd06-b309-4adf-ba74-47cedd0909a4

Sumber:

Unit Komunikasi Korporat DM2 Pulau Pinang