WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KUALA LUMPUR, 30 Jun - Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI), menyerahkan sumbangan 7,000 kotak bungkusan juadah hari raya kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sempena Aidilfitri tidak lama lagi.

Setiap bungkusan berkenaan yang mengandungi empat jenis makanan iaitu Nasi Beriyani, Bawang Goreng, Ayam Masak Merah, Dalca Sayur dan Acar.

Bungkusan juadah hari raya ini telah diterima oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), YBhg Laksamana Madya Dato’ Indera Zulkifili bin Abu Bakar untuk diagihkan kepada setiap Wilayah Maritim, ESSCOM, Pusat Penyelarasan dan Penguatkuasaan Maritim (PPPM), Sistem Pengawasan Maritim Laut (SWASLA) dan Ibu Pejabat.

Juadah hari raya ini merupakan satu cara bagi membalas jasa dan pengorbanan pejuang negara yang berada di pelosok negara bagi menjaga keamanan. Walaupun tidak setimpal dengan budi ditabur, sumbangan ini diberikan daripada hati yang tulus ikhlas sebagai tanda penghargaan dan kasih terhadap pengorbanan mereka.

Turut hadir, Panglima Angkatan Tentera YM Jeneral Tan Sri Raja Mohammed Affandi bin Raja Mohamed Noor, YDH Tan Sri Dato’ Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara, YBhg Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Haji Ahmad Badaruddin, Panglima Tentera Laut (PTL) dan YBhg Jeneral Dato' Sri Haji Affendi bin Buang, Panglima Tentera Udara (PTU).

BAKTI 1    BAKTI 2      
 BAKTI 3  BAKTI 4
 BAKTI 5     BAKTI 6

Sumber/Foto: Unit Komunikasi Korporat Ibu Pejabat.