WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KLANG, 29 Mei - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) DM 4 Selangor telah berjaya menahan sebuah bot barter trade gagal menunjukkan dokumen perjalanan dan dokumen pengenalan diri yang sah semalam.
 
Pengarah Maritim DM 4 Selangor, Kepten Maritim Mohd Rosli bin Abdullah berkata , ketika kapal ronda Maritim Malaysia membuat rondaan Operasi Satria Selatan pada jam lebih kurang 6.00 petang , berjaya mengesan dan menahan sebuah bot barter trade yang kelihatan mencurigakan di posisi lebih kurang 0.7 batu nautika dari Perairan Pelabuhan Utara.
 
“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati terdapat seramai 8 orang disyaki warga Indonesia bekerja di atas bot tersebut gagal menunjukkan dokumen perjalanan diri yang sah. Pemeriksaan lanjut telah menemui seorang lagi bersembunyi di ruang bilik bot berkenaan dan juga tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah. Pemeriksaan dokumen barangan kargo mendapati tekong gagal menunjukkan manifes barangan yang dibawa berupa lebih kurang 400 guni pakaian terpakai. Kesemuanya warganegara Indonesia termasuk seorang tekong berumur dalam lingkungan 21 hingga 50 tahun ditahan” katanya.
 
Kesemua suspek dan bot terbabit ditahan dan dibawa ke Jeti DM 4 Selangor untuk membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 5 (2) Akta Imigresen serta Seksyen 26C Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (Atipsom) yang mana boleh disabitkan kesalahan hukuman penjara tidak kurang (7) tahun dan boleh dikenakan denda atau kedua-duanya sekali.
WhatsApp Image 2017-05-30 at 11.13.29 WhatsApp Image 2017-05-30 at 11.26.03

Sumber:

Staf Perhubungan Awam DM 4 Klang