WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KLANG, 23 Mei - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Daerah Maritim 4 (DM4), Klang telah menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas B kerana menceroboh kawasan dengan menunda pukat tunda kira-kira 1.7 batu nautika dari Pulau Ketam, Selangor.

Pengarah Maritim DM4, Kepten Maritim Mohd Rosli bin Abdullah berkata, semasa bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan operasi di sekitar perairan Pelabuhan Klang berjaya mengesan dan menahan sebuah bot nelayan kelas B yang sedang menunda di posisi lebih kurang 03 darjah 04.939 Utara, dan 101 darjah 16.919 Timur.

Hasil pemeriksaan mendapati bot dikendalikan oleh seorang tekong dan 2 orang awak-awak warganegara tempatan berumur lingkungan 43 hingga 53 tahun. Bot nelayan bersama tekong dan awak-awak tersebut dibawa ke Jeti Maritim DM4 untuk disiasat di bawah seksyen 8(b), Akta Perikanan 1985 iaitu  kesalahan melanggar syarat dalam lesen.

Maritim Malaysia sentiasa memandang serius kesalahan ini kerana ia akan menjejaskan pendapatan nelayan-nelayan pesisir pantai disamping menjejaskan ekosistem pembiakan ikan di kawasan tersebut.

Kerjasama daripada masyarakat terutamanya golongan nelayan memberi maklumat aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang amat diharapkan bagi membolehkan Maritim Malaysia membanteras kesalahan yang menyalahi undang-undang dengan lebih efisien dan berkesan.

WhatsApp Image 2017-05-23 at 14.52.19 WhatsApp Image 2017-05-23 at 14.52.19 1

Sumber:

Staf Perhubungan Awam DM4 Selangor