WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

MERSING 17 MEI - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pangkalan Maritim Mersing telah melaksanakan Operasi Perkasa Selatan di Perairan Endau. Sebuah Bot Nelayan Kelas C telah di tahan oleh bot ronda Maritim Malaysia semasa melaksanakan Operasi pada 15 Mei yang lalu.

Menurut Pengarah Maritim Pangkalan Maritim Mersing, Leftenan Komander (M) Amiludin Yenggah, Bot tersebut telah di tahan oleh bot ronda Maritim Malaysia lebih kurang 3.4 bn Utara Pulau Pelandok Johor.

Hasil pemeriksaan vesel di dapati melanggar syarat sah lesen di bawah akta Perikanan 1985. Tekong dan awak-awak mempunyai pengenalan diri yang diragui dan disiasat di bawah akta Imigresen 1959. Manakala hasil pemeriksaan lanjut vesel tersebut disyaki ingin melakukan aktiviti pemindahan minyak di laut kerana memiliki kapasiti minyak diesel yang lebih dari sepatutnya. Selain itu kesalahan yang lain adalah memiliki salinan surat kebenaran daripada KPDNKK yang meragukan.

“Maritim Malaysia beriltizam akan sentiasa meningkatkan rondaan dan penguatkuasaan  terutama di kawasan Perairan Negara khususnya kawasan kawasan tanggungjawab dari Perairan Mersing hingga Perairan Endau bagi mengelakkan aktiviti menyalahi undang-undang dan pencerobohan haram terus berleluasa”, katanya.

Menurutnya lagi, orang ramai diminta segera menyalurkan sebarang maklumat mengenai aktiviti pencerobohan nelayan asing atau kecemasan melalui talian kecemasan 24 jam MERS 999.

“Peningkatan kerjasama Agensi dan orang ramai terutama nelayan tempatan dalam memberi maklumat serta kerjasama yang baik kepada Maritim Malaysia sejak kebelakangan ini amat dihargai sedikit sebanyak dapat membantu penguatkuasa seperti kami dalam menjalankan tugas”, ujarnya lagi.

IMG 1505

 

Sumber : Staf Perhubungan Awam Pangkalan Maritim Mersing