WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KUALA KEDAH, 14  Mei - Setelah enam hari gerakan mencari mayat seorang nelayan yang dilaporkan hilang setelah bot pukat tunda dilanggar sebuah kapal dagang di perairan kedah dekat Kuala Muda, mayat Ekkachai Sutprasoet, 30, dijumpai terapung oleh nelayan yang sedang menangkap ikan di kedudukan 35 batu nautika dari Pulau Langkawi, lebih kurang 56 batu nautika dari Kuala Kedah pada jam 2.10 petang tadi
 
Menurut Pengarah Maritim Pangkalan Kuala Kedah, Leftanen Komander Ahmad Kamal Mohd Noor, mayat mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap dan kembung. Bot peronda Maritim Malaysia yang bertugas telah digerakkan ke lokasi penemuan lalu membawa mayat mangsa ke Jeti Kuala Kedah.
 
Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk dibedah siasat
Dalam kejadian 9 Mei lalu seorang awak-awak mati lemas manakala seorang lagi hilang apabila bot mereka naiki karam selepas berlanggar sebuah kapal dagang.
 
Mangsa yang lemas dikenali sebagai Somchok Sutprasoet, 30, manakala adiknya, Ekkachai, 30, hilang di bawa arus. Dua yang terselamat adalah tekong bot, Anukun Matuwet, 58 dan awak-awak, Phaisan Dalem, 45 tahun.                
WhatsApp Image 2017-05-14 at 7.43.27 PM 1

Sumber :

Unit Perhubungan Awam Pangkalan Maritim Kuala Kedah