WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KUALA KURAU, 10 Mei - Pusat Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Pangkalan Maritim Kuala Kurau telah menerima aduan daripada orang awam yang menyatakan terdapat sebuah bot nelayan tempatan sedang memungut siput menggunakan tangguk bergalah yang merosakkan pukat hanyut nelayan lain.

Sejurus menerima aduan, bot peronda Maritim Malaysia Kuala Kurau yang bertugas telah bergegas ke lokasi kejadian dan berjaya menahan sebuah bot pukat hanyut lebih kurang 5 batu nautika dari Pantai Sungai Burung pada jam 1.30 pagi, semalam.

Menurut Pengarah Maritim Pangkalan, Leftenan Komander Maritim Mohamad bin Zainal, semasa pemeriksaan dilakukan, awak-awak bot sedang melakukan aktiviti memungut siput dan mendapati kesemua kru bot adalah warganegara Malaysia.

"Bot tersebut telah melanggar syarat lesen iaitu memungut siput tanpa lesen yang sah mengikut peruntukkan di bawah Akta Perikanan 1985," katanya dalam satu kenyataan.

Tambahannya, bot yang ditahan dilesenkan menggunakan pukat hanyut tetapi telah disalah gunakan untuk menangkap siput.

"Kesemua awak-awak dan bot telah diiringi ke jeti Pangkalan Maritim Kuala Kurau, seterusnya diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan selanjutnya," katanya lagi.


BS 1
BS 2
   

Sumber :

Staf Unit Perhubungan Awam Pangkalan Maritim Kuala Kurau