WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KUALA KURAU, 10 Mei  - Sebuah bot nelayan asing bersama lima awak-awak di percayai warga Indonesia telah ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) ketika sedang leka menangkap ikan dalam perairan negara tanpa kebenaran yang sah, semalam.

Pengarah Maritim Pangkalan Kuala Kurau, Leftenan Komander Maritim Mohamad bin Zainal berkata, bot nelayan tersebut telah ditahan oleh kapal Maritim Malaysia sekitar 33 batu nautika di perairan Kuala Kurau ketika sedang melakukan rondaan di kawasan tersebut.

" Bot tersebut ditahan bersama hasil tangkapan ikan anggaran seberat 100 kilogram  dan dibawa ke jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Kurau untuk tindakan lanjut. Beberapa peralatan menangkap ikan turut di rampas”, katanya dalam satu kenyataan disini, hari ini.

Tambahannya, kes di siasat bawah akta Perikanan 1985, Seksyen 15 (1)(A) kerana melakukan kesalahan menangkap ikan tanpa kebenaran dari Ketua Pengarah Perikanan Malaysia dan jika sabit kesalahan, tekong boleh didenda maksimum sehingga RM 1 juta dan RM 100,000 bagi setiap awak-awak.

“Maritim Malaysia beriltizam akan sentiasa meningkatkan rondaan dan penguatkuasaan undang-undang terutama di kawasan sempadan perairan negara bagi mengelak aktiviti pencerobohan haram terus berleluasa”, katanya.

Menurutnya lagi, orang ramai diminta segera menyalurkan sebarang maklumat mengenai aktiviti pencerobohan nelayan asing atau kecemasan melalui talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Pangkalan Kuala Kurau di talian 05-7279919.

“Peningkatan kerjasama agensi dan orang ramai terutama nelayan tempatan dalam memberi maklumat serta kerjasama yang baik kepada Maritim Malaysia sejak kebelakangan ini amat dihargai”, ujarnya lagi.

 BN ASING 3  BN ASING 2
   

Sumber/ Foto :

Staf Unit Perhubungan Awam Pangkalan Maritim Kuala Kurau

LK II (M) Maryani Binti Abd. Ali