WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

PORT DICKSON, 5 Mei 2017Bilik gerakan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Daerah Maritim 5 (DM5), Kuala linggi menerima panggilan kecemasan di laut daripada nelayan tempatan memaklumkan bahawa terdapat seorang mangsa kapal layar mengalami serangan jantung di perairan Kuala Sepang pada jam 12.15 tengahari, 2 Mei lalu.

DM5 telah menggerakkan aset Bot Pengawal 49 dengan bantuan bersama aset dari Daerah Maritim 4 (DM4) Klang, Bot Penggalang 10 ke lokasi kejadian bagi misi bantuan kecemasan di laut.

Pemeriksaan awal mendapati seorang mangsa lelaki warganegara Russia bernama Epmak/ Ermak berusia 56 tahun  terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas dek kapal bersama seorang lelaki sebagai pembantunya.

Mangsa bersama pembantunya dipercayai sedang dalam pelayaran pelancongan dari Pelabuhan Kemboja menuju ke Pelabuhan Phuket, Thailand dan mangsa dikatakan secara tiba-tiba tidak sedarkan diri di lokasi kira-kira 17 batu nautika dari pantai Port Dickson.

Mangsa seterusnya dipindahkan ke bot Ronda Maritim Malaysia untuk dibawa ke jeti Jabatan Laut Port Dickson dan setibanya di jeti, mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Port Dickson. Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Port Dickson untuk pemeriksaan lanjut.

Sehubungan itu, orang ramai diseru agar menyalurkan sebarang aduan atau kecemasan di laut melalui talian 24 jam Pusat Operasi DM5, Kuala Linggi di talian 06-3876730 atau talian MERS 999.

russia 2 russia 3
   

Sumber:

Laskar Kelas I Maritim Siti Nur Naiemah binti Abdul Shukur

Unit Perhubungan Awam DM5 Kuala Linggi