WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KLANG, 13 April - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor telah berjaya menahan 3 orang warga asing tanpa sebarang  dokumen perjalanan yang sah di atas sebuah feri di posisi kira-kira 0.2 batu nautika dari Perairan Pelabuhan Klang tadi.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Mohd Rosli bin Abdullah berkata, hasil maklumat risikan pada jam lebih kurang 12.00 tengahari bot ronda Maritim Malaysia melakukan rondaan di sekitar perairan Pelabuhan Klang dan memeriksa sebuah feri penumpang dalam perjalanan dari Pulau Ketam ke Pelabuhan Klang. Hasil daripada pemeriksaan ke atas semua penumpang feri tersebut di dapati 3 penumpang tiada dokumen perjalanan diri yang sah berumur lingkungan 25 hingga 28 tahun yang, “ katanya.

Kesemua mereka ditahan dan dibawa ke jeti PPM Pulau Indah untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat bagi siasatan lanjut. seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri atau perjalanan yang sah dan feri penumpang tersebut dilepaskan.

Maritim Malaysia akan meneruskan operasi bagi membendung dan membanteras PATI yang menggunakan laluan laut sebagai medium keluar dan masuk dari Malaysia. Pihak kami berharap sekiranya terdapat aduan atau kecemasan di laut, orang ramai dapat memberikan kerjasama dan menyalurkan maklumat awam yang lengkap kepada pihak Maritim Malaysia di talian 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim.

WhatsApp Image 2017-04-13 at 19.41.53 WhatsApp Image 2017-04-13 at 19.41.54

Sumber:

Staf Perhubungan Awam DM4 Klang