WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KLANG, 19 April - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor telah berjaya menahan sebuah bot yang membawa muatan kayu bakau disyaki tanpa sebarang  dokumen  kira-kira 3 batu nautika  dari Muara Kuala Langat, Selangor semalam.

Timbalan Pengarah (Operasi) DM4 Selangor, Komander Maritim Mohd Iszuadi bin Mohamad Hassan berkata, pada jam lebih kurang jam 2.30 pagi bot ronda Maritim Malaysia bersama 4 orang anggota yang sedang melaksanakan Ops Satria Selatan telah mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan yang membawa muatan lebih kurang 3000 batang kayu bakau. Hasil pemeriksaan didapati seramai 6 orang awak-awak dan seorang tekong yang dipercayai warga Indonesia berumur lingkungan 23 hingga 55 tahun berasal dari Bagan Si Api Api Indonesia menuju ke Pulau Carey bagi penghantaran kayu bakau tersebut.

Kesemua mereka ditahan dan dibawa ke jeti Maritim Malaysia Pulau Indah untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat bagi siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah akta Kastam 1967 dan Akta Perhutanan Negara 1984 dan Akta Imigresen 1959/63.

Maritim Malaysia akan meneruskan operasi bagi membendung dan membanteras aktiviti aktiviti terlarang. Pihak kami akan terus meningkatkan kawalan keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang Maritim di perairan negara bagi memastikan keselamatan kapal-kapal yang melalui perairan negara sentiasa terjamin dan mematuhi undang-undang Malaysia.

WhatsApp Image 2017-04-19 at 10.08.03 WhatsApp Image 2017-04-19 at 10.07.59

Sumber:

Staf Perhubungan Awam DM4 Klang