WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KLANG, 2 Mei - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) DM4 Selangor telah berjaya mematahkan cubaan menyeludup keluar pendatang asing tanpa izin pagi tadi.

Timbalan Pengarah (Operasi) DM 4 Selangor, Komander Maritim Mohd Iszuadi Bin Mohamad Hassan berkata, ketika bot ronda Maritim Malaysia membuat rondaan Ops Satria Selatan pada jam lebih kurang 5.00 pagi , berjaya mengesan dan menahan sebuah bot barter trade yang kelihatan mencurigakan di posisi lebih kurang 4 batu nautika dari Perairan Pelabuhan Barat.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati terdapat seramai 67 orang yang berada di dalam bot tersebut dipercayai kesemuanya warganegara Indonesia termasuk seorang tekong bersama 3 orang lelaki awak-awak dan 63 orang pendatang asing yang tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah. 15 orang daripada mereka adalah wanita berumur dalam lingkungan 24 hingga 49 tahun dan 2 orang kanak-kanak perempuan berumur lingkungan 8 bulan hingga 3 tahun manakala 46 lelaki berumur dalam lingkungan 20 hingga 56 tahun. 

Kesemua suspek dan bot terbabit ditahan dan dibawa ke Jeti DM4 Selangor untuk membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 5 (2) Akta Imigresen serta Seksyen 26C Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (Atipsom) yang mana boleh disabitkan kesalahan hukuman penjara tidak kurang (7) tahun dan boleh dikenakan denda atau kedua-duanya sekali.

WhatsApp Image 2017-05-01 at 20.02.54 WhatsApp Image 2017-05-01 at 20.02.55

Sumber :

Staf Perhubungan Awam DM4 Klang