WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

Semporna, 30 April - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pangkalan Maritim Semporna (PM18) telah berjaya menggagalakan aktiviti penangkapan penyu di perairan Semporna baru- baru ini.

Pengarah Maritim Pangkalan Semporna, Leftenan Komander Kama Azri bin kamil berkata, bertindak daripada maklumat risikan, Maritim Malaysia Semporna telah menggerakkan krew bot ronda ke kawasan perairan Batura, Semporna bagi menjalankan operasi membenteras penangkapan dan pembunuhan penyu dipercayai berleluasa di perairan tersebut.

Hasil daripada operasi yang dijalankan, pihak Maritim Malaysia telah berjaya menahan sebuah bot jongkong mencurigakan pada jam lebih kurang 12.40 tengahari. Pemeriksaan awal mendapati terdapat lima awak- awak disyaki warganeraga asing berumur dalam lingkungan 19 hingga 50 tahun itu turut gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Tambahnya lagi, bot jongkong tersebut turut membawa muatan lebih kurang 25 cengkerang penyu dan 100 kilogram daging penyu yang dianggarkan berjumlah RM13000Kesemua yang ditahan telah dibawa ke jeti Azumi, Semporna untuk disiasat dibawah Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997 dan Akta Imigresen 1959/63.

Maritim Malaysia akan terus menjalankan tugas- tugas penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti yang menyalahi undang-undang di perairan Semporna. Sebarang maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi terus di talian 089-782619 pusat operasi Pangkalan Maritim Malaysia Semporna atau di talian MERS 999 untuk sebarang kejadian kecemasan.

penyu1 penyu2

Sumber/ Foto : Staf Unit Perhubungan Awam

Daerah Maritim 18 Tawau