WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KUALA LINGGI, 24 April Bot Ronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia ), Daerah Maritim 5, Kuala Linggi berjaya menahan sebuah bot jenis gentian kaca yang membawa muatan rokok seludup pada awal pagi tadi.

Berdasarkan maklumat risikan, terdapat aktiviti pendaratan rokok secara tidak sah di perairan Umbai, Kuala Linggi dan sejurus menerima maklumat tersebut, anggota penguatkuasa Maritim Malaysia telah mengesan bot pancung yang disyaki lebih kurang jam 1 pagi sedang membawa rokok seludup berada di kedudukan lebih kurang 3 batu nautika dari Pulau Undan.

Mereka dipercayai dari arah Bengkalis menuju ke Jeti Persendirian Umbai dan serbuan telah dilakukan pada jam 2.30 pagi yang menemukan sebuah bot dan muatan berisi rokok dipercayai diseludup dari negara jiran. 

Bagaiamanapun, penyeludup tersebut berjaya melarikan diri dan kes ini disiasat di bawah Akta Kastam 1967.

ROKOKROKOK  

Sumber:

Laskar Kelas I Maritim Siti Nur Naiemah bt Abdul Shukur

Unit Perhubungan Awam Daerah Maritim 5 Kuala Linggi