WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KOTA KINABALU, 25 APRIL - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Daerah Maritim 15 (DM15), Kota Kinabalu  telah berjaya menahan sebuah bot nelayan tempatan di kedudukan 0.5 batu dari Tanjung Logong, Pulau Gaya, semalam.

Pengarah Maritim Daerah 15 Kota Kinabalu, Laksamana Pertama Maritim Adam bin Hj Aziz dalam kenyataannya berkata, pada jam 8.20 malam semasa melakukan operasi OP Sejahtera, Bot Ronda Maritim Malaysia telah membuat pemeriksaan pada sebuah bot nelayan tempatan yang sedang melakukan aktiviti menangkap ikan.

"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati, permit kerja bagi lapan orang kru warga Vietnam yang berada di atas bot tersebut  telah tamat tempoh pada 30 Disember tahun lalu dan lesen bot juga telah tamat.

" Bot dan kesemua tekong serta awak-awak tersebut telah ditahan dan dibawa ke jeti DM15 untuk siasatan lanjut dan kesemua hasil laut lebih kurang 250 kilogram turut dirampas", katanya dalam satu kenyataan disini hari ini.

Tambahannya, bot nelayan tersebut telah melakukan kesalahan dibawah seksyen 8(b), Akta Perikanan 1985 iaitu lesen vesel telah tamat tempoh dan menggunakan pekerja asing yang telah tamat permit kerja serta menggunakan peralatan menangkap ikan yang dilarang seperti didalam syarat sah lesen yang dikeluarkan.

 Dan ini merupakan tangkapan kedua Maritim Malaysia dalam masa yang terdekat berkaitan dengan kesalahan lesen bot yang tamat tempoh dan kita memandang serius pada kesalahan-kesalahan ini", jelasnya lagi 

 

16b0e14c-e2c6-499a-951a-0eba5ae4e6e7 99f9963d-70d9-44d4-a371-6804827b78fa
   

 Sumber/Foto : 

Staf Perhubungan Awam Kota Kinabalu