WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

GEORGETOWN, 20 APRIL - Ex-Kapal Maritim Nyireh dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Daerah Maritim 2 Pulau Pinang telah selamat ditenggelamkan di Tapak Pemuliharaan Biodiversiti Marin di perairan Taman Laut  Pulau Payar, Kedah untuk dijadikan sebagai Tukun Peranti Pemuliharaan Biodiversiti  di perairan tersebut.

Ex-KM Nyireh dari Daerah Maritim 2 Pulau Pinang telah diserahkan kepada Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) untuk dilupuskan sebagai hadiah untuk dijadikan tukun peranti pemuliharaan biodiversity. Tukun Peranti Pemuliharaan ini akan memberi impak yang ketara ke atas usaha pemuliharaan yang dijalankan oleh JTLM dan secara tidak langsung menarik sektor pelancongan khususnya selam SCUBA. Ia akan dapat memperbagaikan lagi daya tarikan pelancong di perairan Pulau Payar yang sememangnya terkenal di kalangan penyelam SCUBA tempatan mahupun antarabangsa dengan aktiviti “dive” “wreck”.

Pengarah Maritim Daerah Maritim 2 Pulau Pinang, Kepten Maritim Haji Rozali bin Mohd Said berkata, “Ex-KM Nyireh adalah dari kelas Sipadan dan dahulunya dikenali sebagai Ex-KD Sri Negeri Sembilan semasa berkhidmat di dalam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM ). Kapal yang telah berusia lebih kurang 53 tahun ini telah digunakan oleh  TLDM sebelum diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia pada tahun 2006 dan ditempatkan di Pulau Pinang bagi mengawasi perairan Negara di Wilayah Maritim Utara (WILUTA).  

Ex-KM Nyireh telah diserahkan kepada Jabatan Taman Laut Malaysia secara rasminya pada 30 Mac 2017 lalu di Pejabat Daerah Maritim 2 Pulau Pinang. Kapal ini telah banyak berjasa dalam mengawal ketenteraman dan keselamatan disamping melaksanakan undang-undang di perairan Malaysiasepanjang perkhidmatannya kepada negara semasa bersama TLDM serta Maritim Malaysia.

Hadir bersama dalam majlis semalam Pengarah Maritim Daerah Maritim 2 Pulau Pinang, Kepten Haji Rozali bin  Mohd Said bersama Pengarah Jabatan Taman Laut Negeri Kedah dan beberapa orang pegawai dari Maritim Malaysia dan Jabatan Taman Laut Malaysia.

e83eb5f8-6d06-4fa5-a46b-a817b55f5830

66d1e1d1-564d-4532-a1c1-7eed61a95247