WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KEMAMAN, 20 Apr – Maritim Malaysia Negeri Terengganu bersama dengan  Majlis Keselamatan Negara Negeri Terengganu telah mengadakan operasi “Water Taxi 1/2017” yang melibatkan pelbagai agensi seperti APMM, PDRM, Pasukan Gerakan Marin, Jabatan Kastam DiRaja Malaysia, Jabatan Imigresen, Jabatan Laut Wilayah Timur, AADK, KPDNKK Terengganu, Lembaga Pelabuhan Kemaman dan Konsortium Pelabuhan Kemaman selama dua (2) hari bermula dari 19 hingga 20 April 2017 di sekitar perairan Kemaman termasuk Sungai Kuang dan Sungai Chukai meliputi seluruh kawasan had pelabuhan Kemaman.

Operasi bersepadu ini dilaksanakan untuk memastikan semua vesel dan bot yang beroperasi mengikuti peraturan di bawah MSO 1952, membanteras aktiviti penyeludupan, pengedaran dan penyalahgunaan dadah, membanteras penyeludupan barang-barang kawalan, membanteras kehadiran pendatang asing tanpa izin (PATI) dan warga asing yang bekerja tanpa pas yang sah sertamembanteras individu/sindiket yang tiada pengisytiharan atau dokumen (cukai) yang sah. Selain itu operasi bersepadu ini juga dapat memupuk semangat  kerjasama dan silaturrahim di kalangan anggota penguatkuasa. Dalam operasi ini sebanyak enam (6) aset telah digunakan iaitu 2 buah bot Maritim Malaysia, 3 bot PDRM dan 1 bot Kastam dengan keseluruhan 120 anggota kesemua jabatan.

Hasil operasi telah berjaya memeriksa sebanyak 20 vesel, 125 individu dan 10 premis termasuk jeti persendirian di Sungai Kuang dan Kuala Kemaman. Secara keseluruhan operasi telah berjaya menahan 12 orang disyaki penagih dadah dan 3 orang telah ditahan memiliki dadah. Sebanyak 104 biji pil metaphetamin dan 3 tiub heroin telah dirampas daripada salah seorang seorang individu yang disyaki pengedar dadah. Kesemua yang ditahan dalam lingkungan umur 30 tahun hingga 55 tahun adalah warganegara Malaysia.Bagi kesalahan imigresen pula , seorang warga Indonesia telah dikeluarkan ‘special pas’ untuk melapor diri di pejabat Imigresen Kuala Terengganu kerana disyaki memiliki permit pekerjaan yang meragukan dan telah dijamin oleh agen.

2 1

Sumber : Unit Perhubungan Awam WILTIM