WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KUALA KURAU. 14 April 2017, - Sebuah Vesel Tempatan Kelas (B) Pukat Tunda telah ditahan dan dipercayai melanggar syarat sah lesen, semasa operasi penguatkuasaan dilaksanakan oleh Bot ronda APMM Pangkalan Maritim Kuala Kurau di sini pagi ini.

Pemeriksaan vesel telah dilaksanakan di Perairan Kerian dan Larut Matang iaitu lebih kurang lapan batu nautika dari perairan larut matang. Hasil pemeriksaan mendapati vesel no pendaftaran PKFA 7047 bersama dua awak-awak berbangsa cina lingkungan umur 40 hingga 50 berada diatas vesel berkenaan.

Menurut Pengarah Maritim Pangkalan, Leftenan Komander Maritim Mohamad bin Zainal berkata, vesel terbabit kelihatan mencurigakan dan telah diperiksa dengan lebih lanjut, didapati telah melakukan kesalahan dibawah AKTA PERIKANAN 1985 kerana menangkap ikan diluar kawasan yang dilesenkan. Vesel bersama dua awak-awak telah diiring ke Jeti Pangkalan Maritim Kuala Kurau untuk siasatan lanjut. Segala hasil tangkapan telah dilelong yang berjumlah RM130 , manakala awak-awak telah dilepaskan dengan jaminan polis.

 

14 apr 2017 1 14 apr 2017 2
14 apr 2017 3 14 apr 2017 4

Sumber : LK II (M) Maryani Binti Abd. Ali
                Unit Perhubungan Awam PM Kuala Kurau