WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KOTA TINGGI , 13 April –  Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Daerah Maritim 7 Tanjung Sedili telah menahan dua buah kapal di kedudukan lebih kurang 1.68 batu nautika Selatan Sungai Rengit, Penggerang Johor.

Pengarah Maritim Daerah Tanjung Sedili, Kepten Maritim Hj. Amran bin Hj. Daud berkata, pihaknya menahan kapal tersebut ketika kapal tersebut sedang berlabuh berdekatan dikawasan yang tidak dibenarkan.

Katanya, kedua-dua kapal tersebut  telah diperiksa MT SUN TREASURE di Pasir Gudang, Johor Malaysia dan MV JBB DE RONG 16 yang berdaftar di Portsmouth.

Katanya, kedua-dua kapal tersebut  telah diperiksa oleh bot ronda Maritim Malaysia semasa melakukan rondaan di kawasan tersebut dan mendapati Kapal MT Sun Treasure gagal melaporkan ketibaan kepada Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia.

Manakala kapal MV JBB De Rong telah melakukan kesalahan bersauh tanpa kebenaran daripada Ketua Pengarah Jabatan Laut dan gagal mempamerkan Insurans bila diminta berbuat demikian."katanya lagi.

"Kapten Kapal dan dua krew daripada setiap kapal tersebut telah dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Malaysia Tanjung Sedili dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

IMG 2335

Sumber: Unit Perhubungan Awam DM 7 Tanjung Sedili