WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KOTA TINGGI , 12 April-  Kapal Maritim Tegas telah menahan dua Bot Nelayan Vietnam sedang melakukan aktiviti menangkap ikan di perairan Malaysia petang semalam.

Pengarah Maritim Daerah Tg. Sedili, Kepten Maritim Hj. Amran bin Hj. Daud berkata, bot tersebut ditahan pada jarak 28.63 batu nautika Timur Laut Tanjung Sedili pada jam 2.25 petang dan 3.00 petang.

"Ketika melakukan rondaan, kita mengesan dua buah bot nelayan asing dalam keadaan yang mencurigakan sedang menjalankan kegiatan menangkap ikan secara haram di perairan negara.

Amran berkata, bot tersebut didapati membawa muatan lebih kurang 10 tan ikan pelbagai jenis serta sotong kering dalam anggaran lebih kurang 150 kg.

Ujarnya, bot nelayan asing Vietnam nombor pendaftaran KG 93439 TS dan KG 93240 TS membawa 19 orang kru termasuk tekong dan awak-awak yang berusia lingkungan 15 hingga 52 tahun. Bot tersebut ditahan dan ditunda ke Jeti Maritim Tg. Sedili, dekat sini untuk tindakan siasatan selanjutnya.

Pihak kami turut merampas pelbagai peralatan menangkap ikan, kapal serta hasil tangkapan yang beranggar bernilai lebih kurang kira-kira RM500,000.

Jelasnya, hasil siasatan lanjut, pihaknya mendapati bot kargo tersebut tidak memiliki lesen menangkap ikan serta beberapa awak-awak tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

Kes akan disiasat di bawah seksyen 16 (3) Akta Perikanan 1985 . Jika disabitkan kesalahan awak-awak boleh dikenakan denda RM 100,000 setiap seorang manakala tekong atau nakhoda akan dikenakan denda sehingga RM 1 Juta atau penjara tidak melebihi dua tahun.

"Ini adalah tangkapan ketiga yang berjaya dilakukan oleh Daerah Maritim 7 bagi kes nelayan asing pada awal tahun ini, " katanya.

Selain itu, beliau menyeru orang ramai terutamanya nelayan tempatan agar menyalurkan maklumat jika berlaku sebarang pencerobohan nelayan asing yang mencuri hasil laut negara dan hendaklah menghubungi Pusat Operasi Daerah Maritim Tanjung Sedili 24 jam ditalian 07-8916595.

edit edit2

Sumber: Unit Perhubungan Awam DM7 Tanjung Sedili